Suatu Kebanggaan.

JIHAD never SLEEP,MUJAHID never DIE

BOIKOT untuk UMMAH.

Bantah.

Bantah.

Friday, September 18, 2009

selamat ari raya..

Friday, September 18, 2009
buat seluruh umat islam didunia..
lame ta update blog..
bz banyak ar..
Sambung Pembacaan "selamat ari raya.."

Wednesday, September 16, 2009

Gugurnya pengkhianat agama.

Wednesday, September 16, 2009
Ketua ajaran sesat mengaku ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, 59 tahun berjaya diberkas Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.

Pegawai perhubungan awam JAIS, Ustaz Mohd Hidayat Abd Rani saya hubungi jam 11.43 pagi tadi memaklumkan Abdul Kahar kini dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Beliau turut mengesahkan Abdul Kahar ditangkap pada jam 9.45 pagi tadi di Sungai Long, Kajang, Selangor.

Blog Abdul Kahar juga turut digodam kumpulan mendakwa Geng26 CyberTrooper.

Siapa dapat wang ganjaran RM20,000?

Tak kisah pun siapa yang dapat.

dipetik dari MAZIDULAKMAL.blogspot.com
Sambung Pembacaan "Gugurnya pengkhianat agama."

Wednesday, September 9, 2009

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran.

Wednesday, September 9, 2009
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Kalau orang kita : Nak tampal sendiri- jangan harap.Suruh bini jahitkan dan kalau bini pun tak pandai jahit - hantar kedai, silap-silap simpan jer dalam almari untuk dibuang.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Kalau orang kita: Membebel sambil buka astro atau baca surat khabar menunggu bini masak.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

Kalau orang kita : Balik masjid lepak-lepak dulu di warung kopi sambil cerita politik.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

Kalau orang kita : Start motor/kereta terus minum kat kedai pekena roti canai.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

Kalau orang kita: Degil eh? Nah amik kau dish dish..


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Kalau orang kita : Semakin ada pangkat mula nak cari perempuan lain, bini kat rumah dah mula nak lupa.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

Kalau orang kita : Lagi tinggi pangkat lagi power, cakap jer nak makan apa.

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

Kalau orang kita : Sure geli dan tak lalu makan.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kalau orang kita: Pijak kepala lembu

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

Kalau orang kita : Lagi berkuasa makin lupa Allah. Kalau dulu tak pandai pergi disko kini dah pandai, kalau dulu tak pandai main golf sekarang sarapan pun kat tepi padang golf.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

Kalau orang kita: Konon dia seorang yang alim . Syurga belum confirm tetapi pandai menggelar orang lain sesat dan ahli neraka.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Kalau orang kita : Lupa diri adalah hamba.

Tingginya darjat Rasullullah SAW, kisah ini sebagai renungan sahaja memang tidak boleh dibandingkan kita ni umat Baginda berbanding dengan Rasulullah SAW sendiri tapi cuba sama-sama muhasabah diri kita.

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.
Sambung Pembacaan "Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran."

Tuesday, September 8, 2009

Mencari Malam Qadar.

Tuesday, September 8, 2009
PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

1. AHAD ATAU RABU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;



2. ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;



3. SELASA ATAU JUMAAT- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;



4. KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;



5. SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN



Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 23 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 12 September 2009.

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.



MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHAN PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Malam penuh berkah,tersangatlah rugi jika tersia-sia.

disedut dari KOTAKEMAIL.blogspot.com
Sambung Pembacaan "Mencari Malam Qadar."

Monday, September 7, 2009

Perkauman - Isu yang tidak relevan.

Monday, September 7, 2009
Assalamualaikum..

Merujuk kepada kata kata ketua pembangkang yang saya cedok di GreenBox,bunyinya agak menarik dan saya amat tertarik kerana saya memang anti perkauman sejak dulu lagi..begini bunyinya:


"Ada orang kata ketuanan Melayu, saya hendak tanya Melayu mana tuan? Melayu pemimpin Umno, Melayu kaya, Melayu sombong bukan Melayu kampung, bukan Melayu miskin, bukan Melayu yang merana,"kata Anwar.
itu benar sama sekali,jadi adalah sewajibnya umat melayu hari ini tidak lagi fikirkan soal kaum dan perkauman,sedangkan islam pun menyuruh kita menolak sikap assobiyah itu,kerana ia tidak menguntungkan diri anda,.......

YA,anda penyokong kuat parti melayu,tapi apa yang anda dapat,wang ehsan RM300 setahun,baju sekolah sekali setahun,buah kurma percuma skali setahun,kalau anda seorang yang berfikir,anda harus tahu bahawa semua yang anda dapat itu sememangnya milik anda..kerajaan hanya bertanggungjawab untuk menguruskannya,tapi bagai beri ikan untuk dijaga kucing,yang anda dapat hanyalah sisa,isi semuanya dibedalnya dan kroni.

Saya juga ingin memetik kata kata puteri reformasi tentang perkauman ini,menurut beliau,apa yang kita lakukan di dunia ini,hendaklah di luar kotak perkauman,ayat ini yang saya tertarik sekali,;

"apabila kita tolong orang miskin,kita tolong kerana dia miskin,bukan kerana ia cina,melayu atau india...apabila kita bangun membela orang yang dizalimi,kita lakukan bukan kerana dia islam,hindu atau buddha,kita bangun menentang kerana kita masyarakat yang bertamadun dan menentang kezalinam terhadap sesama insan"(konsep)
begitu bermakna sekali...sampai sekarang saya selalu guna ayat ni bila bercakap dengan kawan kawan yang punyai sikap perkauman yang kuat.yang saya peliknya,bila islam ditindas,islam dikotak katikkan penganut islam hadhari,mereka diam seribu juta bahasa.tak guna betul.

Hari ini,jika ada melayu yang bersikap perkauman,dia adalah seorang yang bodoh,jika ada cina yang rasict,dia seorang yang tidak berfikir dan jika ada india yang .....apa lagi ya,seumpama dengan itu la,dia juga seorang yang kurang kurang waras.

p/s - sikit yang saya pelik,melayu ni perkauman habis,tapi time nak beli alat ganti motor kat bandar,gi kedai cina merayu habis habis nak minta dikurangkan harga..mana la harga diri yea..
so,cukup lah rasict,kita mampu hidup dengan harmoni tanpa sikap bodoh ini..sahutlah saranan PM,satu malaysia.....kapal selam didahulukan,komisyen simpan dalam poket...
Sambung Pembacaan "Perkauman - Isu yang tidak relevan."

Sunday, September 6, 2009

Masjid Jamek ditawan Tentera Merah Jepun.

Sunday, September 6, 2009
tadi la..
ayah saye yang cite..
saye pun tak paham sangat..
tapi dengar cite..
banyak radiocar ngan motor-motor polis yang gempur dorang..
last-last tak tau camne..
Sambung Pembacaan "Masjid Jamek ditawan Tentera Merah Jepun."

Chocolate percuma buat anda.

Sambung Pembacaan "Chocolate percuma buat anda."
 
All Contains are Copyright Protected by LAW