Tepat jam menunjukkan detik 12 malam tanggal 31 Ogos...seluruh Malaysia terutamanya di Dataran Merdeka acara stereotaip tahunan akan berlangsung.
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
Akan tetapi jiwa-jiwa dan pemikiran anak-anak muda kita pun telah mula dijajah kembali. Dijajah nafsu, dijajah kegilaan andreanelin, dijajah keseronokan yang singkat yang mengundang bala yang berpanjangan, dijajah pemikiran pengabdian secara total kepada budaya najis dari barat dan juga dijajah oleh Iblis yang telah mengisytiharkan peperangan terhadap Bani Adam seawal Nabi Adam A.S. diciptakan.
Persoalan yang sering bermain di benak fikiranku...
Sejauh manakah kita menggamit kemerdekaan itu?
Adakah sejauh pengembaraan dari timur ke barat?
Setebal mana kebanggaan kita terhadap kemerdekaan itu?
Adakah setebal tembok yang Zulqarnain bina?
Apakah kebebasan itu maksud TOTAL merdeka?
Apakah kita MERDEKA apabila botol-botol arak bergelimpangan sesudah sambutan ambang merdeka?
Apakah kita sudah merdeka apabila banyak berlakunya zina sesudah sambutan ambang merdeka?
Apakah kita merasakan KEMERDEKAAN kita tidak akan kembali diragut?
Sedalam mana kita mendalami erti sebenar merdeka itu?
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
0 Kata-kata:
Post a Comment