Suatu Kebanggaan.

JIHAD never SLEEP,MUJAHID never DIE

BOIKOT untuk UMMAH.

Bantah.

Bantah.

Monday, August 31, 2009

Tidurlah dikau dengan damai.

Monday, August 31, 2009

‘Al-Fatihah ditujukan khas kepada As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin

ANDA mengenali tokoh perjuangan Palestin Syeikh Ahmad Yassin?Adalah malang jika anda tidak mengenalinya.

Sheikh Ahmad Yassin bukanlah seorang yang pahlawan yang mempunyai tubuh yang sasa atau memiliki wajah yang kacak bak hero – hero dalam filem hollywood seperti RAMBO tetapi beliau hanyalah insan biasa yang lumpuh kedua belah kakinya semenjak kecil, ketika tua lumpuhnya hampir menjalar ke seluruh badan.Mata sebelahnya hampir buta dan untuk bergerak terpaksa dibantu dengan kerusi roda.

Namun di sebalik imej fizikal yang ditonjolkan tersebut sebenarnya tersimpan kekuatan dalaman yang cukup kuat. Kekuatan dalaman dalam menentang perjuangan Israel yang cukup kental ini menyebabkannya beliau digeruni oleh pihak kawan dan lawan. Tidak sepadan dengan tubuh lumpuh tetapi jiwanya tidak pernah lumpuh dalam meniup semangat perjuangan JIHAD dalam menentang pencerobohan Zionist Israel di bumi Palestin.

Pada tanggal 22hb Mac 2004 selepas menunaikan solat Subuh. Beliau telah dipilih oleh Allah untuk menjadi syuhadak dalam perjuangan ini. Ketika itu pihak Zionist Israel melancarkan serangan 3 peluru berpandu yang memamah tubuhnya. Begitulah akhirnya seorang pahlawan yang lumpuh, pihak Israel untuk membunuhnya mengerah segenap kekuatan daripada jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apache hanya untuk memastikan perjuangan intifadah umat Islam mati bersama hancurnya tubuh Sheikh Ahamad Yassin.

Fizikal yang lumpuh bukan penghalang kepada perjuangan Jihad membebaskan Palestin. Tetapi jiwa yang terbangun dengan keimanan yang jitu kepada Allah memberikan kekuatan yang luar biasa dalam meneruskan perjuangan JIHAD.

Mengambil iktibar tersebut perlu kita tanya kepada diri sendiri mengapa kita yang mempunyai tubuh yang sihat tidak mampu untuk menggerunkan sedikit kepada pihak musuh ?Mungkin fizikal kita tidak lumpuh tetapi jiwa kita yang lumpuh yang menjadi penghalang untuk menjadi pejuang yang sebenar.

Persoalan Palestin adalah juga tanggungjawab setiap muslim di seluruh dunia. Semoga Palestin akan kembali kepada umat Islam semula. Jika tidak hari ini mungkin minggu depan, jika tidak minggu ini mungkin tahun depan, dan jika bukan generasi kita mungkin generasi akan datang yang penting semangat perjuangan membebaskan bumi Palestin akan terus berjalan terus menerus.

22hb Mac 2009,genap 5 tahun pemergian Syuhadak ulung ini. Hari ini kita menyaksikan Palestin terus menerus dijajah dan dimusnahkan. Serangan udara dan darat tentera pengganas Zionist Israel pada awal 2009 ini menyaksikan berlakunya kemusnahan awam yang dahsyat. Lebih 1500 orang terkorban dan 5000 lagi cedera.

Hari ini setelah beberapa bulan berlalu. Dunia seolah-olah sudah melupakan kesengsaraan penduduk Palestin. Tanpa kita sedari, Palestin sudah menjadi sebuah penjara terbesar di dunia.Regim Zionist juga menyekat kemasukan bahan makanan dan asas daripada semua arah sehinggakan dari arah bawah tanah sekali. Bekalan dan bantuan juga disekat di sempadan-sempadan. Namun yang sedihnya ada negara-negara Islam yang menjadi boneka Israel dengan turut menutup pintu sempadannya.

Semoga hari, perjuangan membebaskan bumi Al-Aqsa akan dipikul oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Akan tiba saat dan ketikanya suatu masa dihadapan,pemimpin terbaik yang akan memimpin bala tentera terbaik ummah yang akan membersihkan bumi Palestin daripada Zionist Yahudi.

Tahun 2022 Masihi atau 1444 Hijrah, adalah tarikh sasaran untuk umat Islam seluruh dunia menggembeling kekuatan daripada sekarang untuk ‘Futuhah Palestin 2022 M’. Insya Allah kita semua dapat mendirikan solat secara berjemaah di Masjid Al-Aqsa pada ketika itu yang akan berada dalam naungan pemimpin terbaik umat Islam ketika itu. AMIN.

'Ulama Menyeru Tindakan Balas Ke Atas Pembunuhan Syeikh Ahmed Yassin'

Ulama Islam menyeru pembesar-pembesar negara Arab dan Islam, rakyat serta kerajaannya supaya membantu perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi serangan Israel yang berterusan ke atas rakyat Palestin. Demikian reaksi mereka terhadap pembunuhan Syeikh Ahmed Yassin oleh Israel (laknatullahi alaihi).

Dr. Yusof Al-Qardhawi ketika dihubungi oleh Islam-Online berkata "Saya ucap takziah kepada saudara-saudaraku dalam HAMAS dan di Palestin, saya juga ucap takziah kepada kaum muslimin dan juga kepada saya sendiri" dengan menekankan bahawa Syeikh Yassin bukan sahaja lambang bagi perjuangan rakyat Palestin tetapi juga bagi orang-orang Islam seluruh tempat.

Qardhawi menambah "Syeikh Yassin telah dibunuh oleh tangan-tangan yang zalim dan taghut ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjidnya selepas menunaikan solat Subuh. Beliau telah menemui Tuhannya dalam keadaan suci, bersolat, menyerah diri kepada Allah, redha dan diredhai Allah, tidak ada yang lebih afdal lagi daripada mayat ini."

Dr. Yusof Al-Qardhawi menyeru seluruh umat Islam di segenap penjuru dunia supaya "menyokong dan membantu (support) perjuangan Palestin", sambil menegaskan bahawa pembunuhan Syeikh Yassin "menunjukkan bahawa apa yang dinamakan rundingan damai dan segala perbincangan itu adalah bohong semata-mata, tidak layak melayan thugah ini melainkan dengan kekuatan dan jihad. Inilah dia zionisme, ia tidak berperikemanusiaan dan tidak berakhlak.

Beliau juga meminta rakyat Palestin "supaya berada di saf yang satu,pihak berkuasa dan pergerakan penentangan, rakyat dan kerajaan, menentang kebejatan zionisme yang didalangi oleh Amerika." Beliau menambah "rakyat Palestin dengan segala kemampuannya, wajib meninggalkan segala selisih faham dan sama-sama bangkit menuntut bela di atas kematian Syeikh Yassin dan pembantu-pembantunya."

Syeikh Faysal Mawlawi, Setiausaha Jamaah Islam Lubnan meminta supaya fail rundingan dengan Israel (laknatullahi alaihi) ditutup buat selama-lamanya, dan bertukar kepada penentangan bersama rakyat dan para mujahid. Mawlawy juga meminta pertubuhan-pertubuhan Arab dan Islam yang menjalinkan hubungan dengan zionis supaya membatalkan semua perjanjian, menyingkirkan duta-duta zionis serta menutup kedutaan mereka.

Mursyidul-Am Al-Ikhwanul-Muslimoon, Mohamed Mahdi 'Akif pula meminta pemimpin-pemimpin Arab bersungguh-sungguh dalam menghadapi serangan Israel yang berterusan ke atas rakyat Palestin dan pemimpinnya.

Beliau berkata : "Kalaulah mereka ada perasaan, sensitiviti dan kewajipan, nescaya mereka akan menghalau semua zionis dan memutuskan hubungan dengan mereka", merujuk kepada pemimpin-pemimpin Arab dan Islam.

Syeikh Hamed Al-Baitawi, khatib Masjid Al-Aqsa mengucapkan takziah kepada rakyat Palestin, Arab dan semua muslimin di atas kesyahidan Yassin. Beliau berkata : "Kerugian kita adalah besar, akan tetapi takziah kita bahawa Syeikh Yassin telah mencapai permitaannya daripada Allah sebagai syahid. Beliau telah memperoleh 'syahadah' ini selepas menunaikan solat Subuh dan bacaan wirid. Kami ucapkan tahniah kepada kamu wahai "as-syaheed", tidurlah dengan damai'.

Syeikh Al-Azhar, Dr. Mohamed Sayed Tantawi mengutuk pembunuhan yang dilakukan ke atas Syeikh Yassin. Beliau menegaskan bahawa pemimpin Hamas itu adalah "orang yang membenarkan yang haq dan menyalahkan yang batil, apabila dia mengatakan sesuatu, beliau berkata bagi tujuan mempertahankan agamanya dan tanahairnya."Ditanya tentang peranan Al-Azhar terhadap apa yang menimpa rakyat Palestin oleh tangan penjajahan Israel, Tantawi berkata : "Peranan Al-Azhar adalah kutukan yang keras, dan menyeru umat Arab dan Islam supaya berada di saf yang satu bagi mempertahankan hak rakyat Palestin, dan juga mengajak dunia supaya memerangi Israel dan mengisytiharkan perang ke atasnya."

0 Kata-kata:

Post a Comment

 
All Contains are Copyright Protected by LAW